Hari ini kita bercerita berkenaan dengan gejala budak-budak Melayu sekarang ni. Ada terbaca Harian Metro.
Sebenarnya apa yang diceritakan oleh Metro bukanlah zikir black metal, tapi ia satu langkah tangan (pecah buah) bagi geng 77 (double 7). Mungkin ramai diantara kita pernah dengar, atau mungkin juga tak pernah. Puak geng 77 ni mengaku yang kononnya mereka diasaskan oleh geng 3 line (Pekida). Benarkah?
Apa yang dibimbangkan, geng 77 ni sudah menular dikalangan remaja Melayu dan sudah pun masuk ke sekolah untuk merekrut ahli-ahli baru mereka. Remaja melayu ini sebenarnya tidak sedar bahawa mereka telah direkrutkan oleh sebuah kongsi gelap melayu, untuk melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang negara.
Ramai diantara ahli 77 ni yang mengedar dadah, berlumba haram, pelacuran dan aktiviti gelap yang lain. Kongsi gelap atau gangterisme ini amatlah berbahaya jika dibiarkan terus menular dikalangan remaja kita. Kongsi gelap ini diasaskan oleh bangsa melayu sendiri yang menggunakan kitab suci Al-Quran dan pedang sebagai angkat sumpah (bidaah) untuk setia kepada kumpulan. semua itu hanyalah untuk menipu atau sebagai topeng kepada salah laku mereka.
Angkat sumpah itu diselangi dengan hirisan ibu jari dengan pedang dibiarkan titis darah sambil bersumpah. Jika angkat sumpah dengan menggunakan titisan darah, itu hukumnya haram. Sumpah guna darah itu termasuk didalam aturcara kongsi gelap cina. (angkat sumpah sesetengah 77 PEKAK)
Sebenarnya geng 77 bukanlah NGO ataupun persatuan yang berdaftar dengan kerajaan. Geng 77 adalah satu kongsi gelap melayu cabang baru yang cuba dihidupkan semula oleh sesetengah bangsa melayu kita sendiri. Ketuanya sendiri berbadan tatu harimau (harimau merujuk kepada lambang geng 77).
Apa yang aku cuba ingatkan disini, siapa yang membaca blog ini cuba sebarkan kepada remaja-remaja melayu kita supaya mereka tidak terjebak dalam kumpulan jahat yang sedang cuba meracun anak-anak melayu.
Update:
Disebabkan post blog ni menjadi pertikaian ramai. Di sini penulis blog nak beritahu bahawa, penulisan ini adalah satu kebenaran dan admin juga merupakan adik beradik baju putih dalam lambang 30. Admin agak terkilan dengan adik-adik 77 yang menganggap mereka semua pejuang fisabillilah, namun apakah benar mereka mengerjakan pertubuhan dan perlaksanaan ini ke arah ajaran Allah? berapa banyak amal pertubuhan kamu telah buat? berapa banyak melayu murtad yang kamu sedarkan? Musuh Allah nak mengadaikan agama dan nama Allah, apa kamu semua buat? cakap saja lebih.
Kita bangsa Melayu beragama Islam, hidup dengan tujuan sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Hidup kita dengan ibadat dan tujuan, hidup kita untuk melaksanakan suruhan Allah. Kita hanyalah hamba yang kerdil dan kudus, jangan sangka kita kuat, kerana ada yang lebih kuat dari kita, jangan sangka kita pandai, kerana kepandaian kita hanya kurniaan pinjaman dari Allah.
Wahai saudara jemaah seIslamku, bangunlah dari tidurmu. Penubuhan Pekida, atau lebih dikenali sebagai 3 line atau 30 bermaksud 30 juzuk Al-Quran, namun berapa kerat diantara kamu yang teleh mengkhatam Quran? atau boleh membaca Quran?
Usahla nak sembang pandai, kalau benar kamu pejuang Fisabillilah, bangkitlah berjuang menentang musuh Allah. Jikalau hanya pandai merempit, meromen anak dara orang, meneguk arak dan membuat larangan Allah. Maka kamu sepatutnya termasuk dalam golongan 13, iaitu golongan yang tidak layak menyertai kumpulan 30 atau Pekida.

Asslmualaikum admin.
ReplyDeleteAdmin seorang ahli 30. Tapi bercakap pasal adikberadik 77. Maaf cakap, tak kena .
Bagi Saya, 30 ke , 77 ke, ada masa baiknya, ada masa buruknya.
Dalam setandan Pisang, tak semua elok, Dan tak semua tak elok.
Assalamualaikum admin.. betul ker apa yang disampaikan ??
ReplyDeleteJika ia nya Benar.. itu adalah Ghibah dan jika tidak benar.. ia jatuh Fitnah..
Kerana setahu saya yang Jahil dan berusia muda dengan pengalaman tak seberapa..
Bukan laa 77, 36, 30, 08 atau 21 hatta apa pon number tu yang gemar melakukan dosa.. melainkan dosa ii dilakukan oleh orang yang hilang atau tidak punya IMAN..
Ketika dia solat, puasa, al quran dan zakat kerana ALLAH swt semata ii maka iman nya meningkat.. tetapi ketika ia melakukan zina (tak menahan nafsu) maka IMAN nya diangkat.. ketika ia Mencuri, menipu dan khianat sbgai nya kerana nafsu semata.. d saat itu iMAN nya diangkat)
Jika tuan berkata ahli ibadah taat Agama itu adalah kumpulan 30 dan Pendosa perosak Agama pula kumpulan 36, 77 maka ia tidak Benar.. disitu telah menunjukkan 1 jawapan bahawa..
Orang yang Beriman dan benar ii Islam itu akan Usaha TaaT kepada ALLAH Swt..
Yang gemar melakukan/buat dosa itu 36,77 tak mustahil juga ahli 30.. jadi kesimpulannya adalah orang Melayu tak kira apa pon dia masuk.. pasti dia akan porak peranda dan Hancur kan nya..
😓😓😓