Hari ini kita bercerita berkenaan dengan gejala budak-budak Melayu sekarang ni. Ada terbaca Harian Metro. Sebenarnya apa yang diceritakan oleh Metro bukanlah zikir black metal, tapi ia satu langkah tangan (pecah buah) bagi geng 77 (double 7). Mungkin ramai diantara kita pernah dengar, atau mungkin juga tak pernah. Puak geng 77 ni mengaku yang kononnya mereka diasaskan oleh geng 3 line (Pekida). Benarkah? Apa yang dibimbangkan, geng 77 ni sudah menular dikalangan remaja Melayu dan sudah pun masuk ke sekolah untuk merekrut ahli-ahli baru mereka. Remaja melayu ini sebenarnya tidak sedar bahawa mereka telah direkrutkan oleh sebuah kongsi gelap melayu, untuk melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang negara. Ramai diantara ahli 77 ni yang mengedar dadah, berlumba haram, pelacuran dan aktiviti gelap yang lain. Kongsi gelap atau gangterisme ini amatlah berbahaya jika dibiarkan terus menular dikalangan remaja kita. Kongsi gelap ini diasaskan oleh bangsa melayu sendiri...
Posts
Showing posts from May, 2019