Posts

Yan Bai Ketua Gangster Singapura

Image
Secebis kisah bekas ketua kumpulan gangster Omega (Only Malays Enter Gangster Association) Perawakanya yang warak dan selalu ke masjid mendorong budak-budak kampung rajin belajar mengaji dengan Pak Din sehingga ramai yang sudah boleh membaca Al-Quran. Para penduduk sekitar Taman Mount Austin, Johor Bahru, juga tidak sedikit pun sangsi siapa Pak Din sebenarnya sehinggalah sepasukan polis khas dari Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyerbu rumahnya dan mengaupnya pergi. Penyamaran Yan Bai sebagai Pak Din terbongkar jua akhirnya. "Ini engkaukan... engkaukan? Mana kau nak lari?'' kata Yan Bai ketika menyingkap operasi polis lengkap bersenjata sambil menunjukkan kad pengenalannya yang telah dibesarkan seperti poster dalam 2004 itu. Mereka tidak menemui sebarang bukti - dadah atau senjata api - dan Yan Bai tetap diam membisu. Yan Bai digeruni dalam "dunia jenayah" yang sering dikaitkan dengan sindiket mengedar dadah, pelacuran, pemerasan wang perlindungan, keganasan,...

Siapa Ayahanda Shy Kucing

Image
Siapa Shy Kucing ni?Apa dia buat? Ayahanda Shy Kucing ni adalah ayahanda yang dibaiah oleh Brader Gun aka Ayah Boss PLG  geng 77(Double 7).Abang baiah dia ialah Ayahanda Tau Chu Bai atau TCB yang juga sentiasa dalam pemerhatian pihak polis. Mereka mereka yang bergelar ayahanda ini diberi status khalifah didalam kongsi gelap itu. Shy Kucing menubuhkan ASK7 Bersatu.Walaupun banyak tunjukkan aktiviti amal,mungkin untuk menutup kegiatan lama atau menebus dosa,  sesiapa sahaja yang dilantik ayahanda dibawah Brader Gun tetap dikira sebagai ahli kongsi gelap Double 7. Double 7 telah diwartakan sebagai pertubuhan kongsi gelap dan menyalahi undang undang. Ingatlah geng 77 ini bukanlah NGO yang sah dan banyak menggunakan budak budak baru nak up untuk melakukan jenayah peras ugut, dadah dan sebagainya. Shy Kucing ada sejarah yang gelap.Disebalik penampilan 'bersih' sekarang, dipercayai beliau ada terlibat dengan beberapa kejadian hitam. Salah satunya adalah kejadian tem...
Hari ini kita bercerita berkenaan dengan gejala budak-budak Melayu sekarang ni. Ada terbaca Harian Metro. Sebenarnya apa yang diceritakan oleh Metro bukanlah zikir black metal, tapi ia satu langkah tangan (pecah buah) bagi  geng 77 (double 7).  Mungkin ramai diantara kita pernah dengar, atau mungkin juga tak pernah. Puak geng 77 ni mengaku yang kononnya mereka diasaskan oleh geng 3 line (Pekida). Benarkah? Apa yang dibimbangkan, geng 77 ni sudah menular dikalangan remaja Melayu dan sudah pun masuk ke sekolah untuk merekrut ahli-ahli baru mereka. Remaja melayu ini sebenarnya tidak sedar bahawa mereka telah direkrutkan oleh sebuah kongsi gelap melayu, untuk melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang negara. Ramai diantara ahli 77 ni yang mengedar dadah, berlumba haram, pelacuran dan aktiviti gelap yang lain. Kongsi gelap atau gangterisme ini amatlah berbahaya jika dibiarkan terus menular dikalangan remaja kita. Kongsi gelap ini diasaskan oleh bangsa melayu sendiri...

Logo kongsi gelap

Image
LOGO KUMPULAN KONGSI GELAP DIDEDAH (11 GAMBAR) BUKIT AMAN, 30 OGOS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi. SAC Dato' Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini. Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi  gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi. Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di b...
Image
Artikel dan gambar ini saya terima daripada pembaca blog ini semalam. Terima kasih kerana membuat pendedahan tentang aktiviti politik menantu bekas PM ini – Anak Jati Rembau. Siapakah Ipin atau digelar sebagai Ayahanda Angah Ipin Keramat? Dan Apakah hubungannya dengan menantu Pak Lah? Ipin atau nama sebenarnya Ariffin Bin Hj. Abu Bakar memang dikenali di kawasan Keramat khasnya Keramat AU5D. Terkenal bukan kerana kebaikan dan kebajikan yang dibuatnya walaupun dia menyertai Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA). Beliau terkenal kerana gangsterisme dan kekejaman yang pernah beliau lakukan. Mula mengenal erti gangsterisme pada tahun 1994 apabila beliau mula menyertai PEKIDA atau perjalanan 30 (dipanggil 30 kerana sebelum mana-mana ahli PEKIDA harus mengangkat sumpah dengan menjunjung Quran 30 juzuk) dibawah kepimpinan Ghani a/k/a Ghani Gelong a/k/a Brother Gun a/k/a Mr.Gun a/k/a Pak Long Gun serentak menyertai kongsi gelap Melayu 36 yang dipimpin ketika itu A...