Posts

Showing posts from April, 2020

Yan Bai Ketua Gangster Singapura

Image
Secebis kisah bekas ketua kumpulan gangster Omega (Only Malays Enter Gangster Association) Perawakanya yang warak dan selalu ke masjid mendorong budak-budak kampung rajin belajar mengaji dengan Pak Din sehingga ramai yang sudah boleh membaca Al-Quran. Para penduduk sekitar Taman Mount Austin, Johor Bahru, juga tidak sedikit pun sangsi siapa Pak Din sebenarnya sehinggalah sepasukan polis khas dari Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyerbu rumahnya dan mengaupnya pergi. Penyamaran Yan Bai sebagai Pak Din terbongkar jua akhirnya. "Ini engkaukan... engkaukan? Mana kau nak lari?'' kata Yan Bai ketika menyingkap operasi polis lengkap bersenjata sambil menunjukkan kad pengenalannya yang telah dibesarkan seperti poster dalam 2004 itu. Mereka tidak menemui sebarang bukti - dadah atau senjata api - dan Yan Bai tetap diam membisu. Yan Bai digeruni dalam "dunia jenayah" yang sering dikaitkan dengan sindiket mengedar dadah, pelacuran, pemerasan wang perlindungan, keganasan,...

Siapa Ayahanda Shy Kucing

Image
Siapa Shy Kucing ni?Apa dia buat? Ayahanda Shy Kucing ni adalah ayahanda yang dibaiah oleh Brader Gun aka Ayah Boss PLG  geng 77(Double 7).Abang baiah dia ialah Ayahanda Tau Chu Bai atau TCB yang juga sentiasa dalam pemerhatian pihak polis. Mereka mereka yang bergelar ayahanda ini diberi status khalifah didalam kongsi gelap itu. Shy Kucing menubuhkan ASK7 Bersatu.Walaupun banyak tunjukkan aktiviti amal,mungkin untuk menutup kegiatan lama atau menebus dosa,  sesiapa sahaja yang dilantik ayahanda dibawah Brader Gun tetap dikira sebagai ahli kongsi gelap Double 7. Double 7 telah diwartakan sebagai pertubuhan kongsi gelap dan menyalahi undang undang. Ingatlah geng 77 ini bukanlah NGO yang sah dan banyak menggunakan budak budak baru nak up untuk melakukan jenayah peras ugut, dadah dan sebagainya. Shy Kucing ada sejarah yang gelap.Disebalik penampilan 'bersih' sekarang, dipercayai beliau ada terlibat dengan beberapa kejadian hitam. Salah satunya adalah kejadian tem...