Logo kongsi gelap
LOGO KUMPULAN KONGSI GELAP DIDEDAH (11 GAMBAR) BUKIT AMAN, 30 OGOS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi. SAC Dato' Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini. Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi. Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di b...